Selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB), hari ini , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan disoal oleh pihak pendakwaan dalam sesi pemeriksaan balas.<br /><br />Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pemeriksaan balas bermula hari ini kerana beliau enggan perbicaraan itu terhalang.
